“Ya Allah berikanlah cahaya pada hati, lisan, telinga dan mata hamba. Jadikanlah cahaya dari belakang, depan dan di bawah hamba, dan sebelah kanan dan kiri hamba berikanlah cahaya. Ya Allah berikanlah kepada hamba cahaya,”
doa rutin Rasullullah
SAW ketika hendak keluar melaksanakan solat subuh seperti yang telah
diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas r.a.
Permintaan indah yang
cukup hebat dari seorang hamba Allah yang hebat kepada Penciptanya Yang Maha
Hebat ini saya jadikan sebagai mukadimah intipati perkongsian Ustaz Pahrol Mohd
Juoi menerusi Islam Itu Indah di IKIMfm pada pagi Rabu yang lalu.
Maha Suci Allah yang
telah menjadikan keindahan subuh bukan sekadar pada cantiknya suasana,
lembutnya udara tetapi juga pada kekuatan roh yang tiada tandingannya.Tatkala
kita masih dalam semangat jihad memboikot hasil tangan dan fikir zionis, kita
masih canggung memboikot kelakuan dan cara hidup mereka yang tumbuhmendarah
daging.Hidonisme, hasaddengki, degil, zalim dan segala macam perbuatan mazmumah
bersarang dalam diri.Apakah natijah yang bakal terhasil, jika kita masih lemah
pada ketika musuh sudah lemah; mampukah kita mengatasi mereka yang lumpuh tidak
berdaya dalam keadaan kita tiada tenaga?Inilah masa yang terbaik untuk kita
bina kekuatan, menjana tenaga bagi menegak kebenaran.
Rasullullah SAW bersabda mafhumnya,
"Sebaik-baik manusia adalah orang-orang yang hidup pada zamanku (generasiku) kemudian orang-orang setelah mereka kemudian orang-orang setelah mereka.”.
Tahukah kita antara kualiti yang dimiliki
manusia pada waktu itu?Salah satu cirinya adalah mereka sangat mementingkan
waktu subuh dan solat subuh.Mereka faham besarnya
ganjaran yang bakalAllah berikan pada hari kiamat buat mereka yang mengutamakan
waktu dan solat subuh sepertimana sabda Rasulullah SAW mafhumnya,
“Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak."
(Hadith riwayat Abu Daud
dan Tirmidzi).Secara jelas menerusi hadis ini, mereka yang berjihad bagi
menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid bakal memperoleh ganjaran dari Allah
berupa ‘cahaya’ sempurna yang pasti didambakan oleh semua terutama dalam
melalui ujian padang mahsyar yang penuh huru-hara. Cahaya itu juga hadir di dunia;
hadir pada mereka yang hatinya terpaut kepada masjid. Di zaman kemungkaran bermaharajalela, maksiat
mendominasi dan amanah dipegang oleh mereka yang tiada hak atasnya, kita bukan
sekadar keliru malah ‘buta’ pada kebenaran sebenar disebabkan kemungkaran yang
sudah menjadi seakan budaya dan cara hidup. Kegelapan sebenilah yang memerlukan
cahaya sebagai penunjuk jalan, walaupun jahiliyah kedua sedang berleluasa,
namun melalui cahaya yang dikurniakan, dengan Izin Allah dapat kita membezakan yang hak dan yang batil serta tahu
tindakan yang dapat menyelamatkan diri dari terjerumus ke jurang maksiat dan
dosa. Itulah antara kehebatan subuh yang memberikan cahaya kepada hati kita di
dunia dan akhirat.
Selain itu, solat subuh juga
boleh menjadi penanda aras kepada kecemerlangan umat. Telah bersabda Rasulullah SAW,
"Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isya dan solat subuh" (Hadis riwayat Ahmad).
Dalam
satu kisah yang sangat masyhur ketika pemerintahan Saidina Umar al-Khattab r.a sebagai
khalifah,pada suatu hari Saidina Umar
al-Khattab r.a telah mendapati Sulaiman bin Abi Hathmah tidak hadir untuk
menunaikan solat subuh berjemaah. Pada pagi itu juga beliau menyongsong ke
rumah sahabatnya itu lalu bertanya kepada ibunya al-Shifa', “Saya tidak melihat
Sulaiman semasa solat subuh?”. Lalu al-Shifa' menjawab, “Dia solat malam lalu
tertidur pada pagi harinya."Kemudian Saidina Umar berkata “Sungguh,
berjemaah dalam solat subuh itu lebih baik bagi ku daripada solat malam."
Begitu teguhnya iman pada zaman itu,
sehinggakan ucapan takziah akan diberikan kepada sahabat yang tidak bersolat
subuh.
Dr Raghib As-Sirjani dalam
bukunya Misteri Solat Subuh menulis tentang seorang penguasa Yahudi berkata, “Kami
takut kalau bilangan umat Islam melaksanakan solat subuh berjamaah menyamai
atau melebihiumat islam melaksanakan solat Jumaat.” Inilah sebaik-baik
demonstrasi untuk menunjukkan kebencian terhadap zionis dengan bangun solat
Subuh berjamaah.Inilah peperangan sebenar kita, bukan mudah untuk bangun dari tidur, bersuci dan
kemudian bergerak menuju ke masjid bagi menunaikan solat Subuh secara
berjemaah. Bayangkan, seseorang terpaksa berperang dengan gejolak nafsu
dan godaan syaitan sejak awal-awal lagi bagi mematuhi perintah Allah.
Peperangan dalam diri itu diperjelaskan oleh Junjungan Muliamelalui hadis
yang mafhumnya,
“Syaitan melilit seorang antara kalian dengan tiga lilitan ketika dia tidur. Dengan setiap lilitan syaitan membisikkan: ‘Nikmatilah malam yang panjang ini.’ Apabila dia bangun lalu mengingati Allah, maka terlepaslah lilitan itu. Apabila dia berwuduk, lepaslah lilitan yang kedua. Kemudian apabila ia solat, lepaslah lilitan ketiga, sehingga dia menjadi bersemangat. Tetapi kalau tidak, dia akan terbawa lembap dan malas.”
(Hadis riwayat al-Bukahri dan Muslim)

Rasulullah SAW memilih waktu awal pagi untuk menghantar utusan dakwahnya.
Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada al-Nu'man bin Muqarrin bahawa Rasulullah
SAWakan menunggu matahari terbit sebelum memulakan pertempuran. Beliau
menjelaskan, “Aku turut bertempur bersama Rasulullah SAW. Ketika fajar
menyingsing, Baginda menahan tenteranya sehingga terbit matahari. Saat
matahari terbit, Baginda mengarahkan untuk bertempur."
Dengan keberkatan waktu Subuh dan doa yang dipanjatkan selepas solat
Subuh, itulah dua ‘tiupan kemenangan’ yang membina keyakinan tentera Islam
apabila berdepan dengan musuh-musuhnya. Menerusi perang Badar, Anas bin
Malik meriwayatkan, “Pada waktu perang
Badar, Rasulullah SAW solat Subuh pada awal fajar, kedudukan Baginda pada
saat itu sangat hampir dengan musuh. Sejurus Subuh, Baginda memerangi mereka.” (Hadis
Riwayat al-Nasa'i).
Justeru, Allah telah bersumpah dengan kuda-kuda yang digunakan dalam
jihad di jalan Allah pada waktu Subuh. Allah berfirman mafhumnya,
“Demi kuda perang yang berlari kencang dengan terengah-engah, dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan kuku kakinya dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba pada waktu subuh.”(Surah al-'Adiyat ayat 1-3).
Ironinya, orang bukan Islam banyak memanfaatkan waktu awal pagi yang
sangat optimum ini. Seperti yang dinukilkan oleh Dr Raghib al-Sirjani
menerusi pemerhatiannya di Amerika. Sewaktu pergi dan pulang dari masjid setelah
solat Subuh, orang Kristian, Yahudi dan Ateis; mereka bangun pagi untuk
kehidupan dunia, bersamaan waktu solat subuh. Hajat kemanusiaan mampu
mendorong mereka untuk bangun pagi. Namun mengapa seorang Mukmin tidak
mahu mengerah segenap potensinya untuk menyamai mereka bangun pada waktu pagi?
Berbezaketika bermusafir negara umat Islam di Timur Tengah,kehidupan beku dan
kaku seusai solat Subuh., segala aktiviti masih belum bermula sebaik sahaja
selepas waktu Subuh. Ini realiti yang sangat menyedihkan. Di negara
kita juga keadaan yang sama boleh dilihat. Jumlah umat Islam yang
bergerak menuju ke masjid untuk solat Subuh berjemaah sangat sedikit berbanding
jumlah orang bukan Islam yang bangun awal dan berpusu-pusu untuk berjoging,
bersenam dan membawa anjing mereka berjalan-jalan pada awal pagi. Bayangkan,
kerana cinta akan anjing, mendorong pemiliknya untuk bangun pagi, sedangkan
cinta akan Allah tidak mendorong hambaNya untuk bangun pagi.
Realitinya, umat Islam kini semakin lupa tentang apa
yang pernah dikatakan oleh Saidina Umar al-Khatab, “Hakikatnya kita tentera
Islam dimenangkan Allah kerena dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera kafir,
tetapi sekiranya kita turut berdosa sama dengan mereka, di manakah kekuatan
kita?
Inilah masa terbaik untuk kita yakin dengan kehebatan waktu subuh, yang
padanya cahaya matahari belum bersinar tetapi cahaya hidayah Allah telah
memancar.Teruslah menjadi Pejuang Subuh dan Raihlah kemenangan dariNya.
Norhayati Paradi
IKIMfm
20 Ogos 2014 / 24 Syawal 1435H
No comments:
Post a Comment