Alhamdulillah,
atas keizinan Allah yang Maha Tinggi kasih sayang-Nya, sayadiizinkan untuk
terus menulis di ruangan ini. Melalui rancangan Islam Itu Indahbersama
al-Fadhil Ustaz Pahrol Mohd Juoi pada Rabu lalu jam 10.15 pagi, beliautelah berkongsi
ilmu tentang bagaimana memanfaatkan atau menghidupkan Ramadansebagai bekal
dalam mengharungi bulan-bulan yang mendatang bersama rohRamadan yang
berbekas dalam diri.
“Ajaibnya masa yang berlalu begitu pantas, lebih ajaib lagi bilamana manusia lalaiuntuk mengisi masa”
Itu ungkapan Imam As-Syafie Rahimahullah bila meninggalkanpesan agar kita
tidak cuai dengan usia. Sepantas kerlipan mata, kita sudah melepasipertengahan
Ramadan sedang hujungnya semakin nyata menghampiri. Begitupantasnya waktu
dan pergerakan hari demi hari menambah angka pada usia.Sering juga usia
dikaitkan dengan keberkatan. Keberkatan yang mengalir ke dalamhati akan
terpancar pada pancaindera dan akhirnya terzahir dalam tindak tanduk danperlakuan.
Sewajarnya kita audit puasa dan Ramadan kita tahun ini. Adakah telahwujud keberkatan
di dalamnya? dan bagaimana cara kita mengukurnya?Keberkatan
Ramadan dapat di zahirkan melalui tindakan. Ia akan mengarah kepadatindakan-tindakan
yang baik dalam membentuk keluarga yang berkat, masyarakatyang berkat dan
membawa kepada Negara yang berkat. Melalui keberkatan dunia iniindividu itu
inshaAllah akan dapat merasakan dua (2) kebaikan iaitu hasanah duniadan hasanah
akhirat. Bukankah ini yang kita rayukan di setiap pengakhiran doa kitaseusai solat
iaitu untuk mendapatkan kebaikan dunia dan juga akhirat? Jika diamati,
indikator hidup sesuatu jasad terletak pada wujud rohnya; begitu jugauntuk solat yang
hidup; petunjuk atau rohnya ada pada khusyu’ dalam menunaikan solat. Kayu ukur
roh bagi puasa pula adalah pada keimanan dan pengampunanNya.Allah telah
menyatakan jaminanNya melalui Surah al-Mukminun ayat 1-2 yangbemaksud
“Seseungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang kusyu’ dalam solatnya”.
Ini secara relatifnya membawa maksud bahawa roh solat adalah
kusyu’ dan kekusyu’kan seseorang individu di dalam solat adalah kemenangan
baginya. Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A., Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W
pernah bersabda
“ ..Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu”.
Itulah petujuk kepada kejayaan ibadah puasa seorang hamba.
Dengan puasa; ia boleh meningkatkan keimanan serta menjadi landasan untuk
memperoleh keampunan. Dengan kata lain, setiap ibadah dan penyerahan diri
pada Allah perlu dilakukan dengan itqan untuk meraih kemenangan seterusnya
sebagai lambang keberadaan roh dalam melunaskan sesuatu kewajipan. Apabila roh itu
hadir dalam ibadah ianya akan membawa kepada keberkatan dan kebaikan dunia
dan akhirat. Begitulah jua dengan puasa, ‘kita bukan baik kerana kita berpuasa, tetapi
dengan berpuasa InshaAllah kita akan menjadi baik’. Untuk menjadi
baik, nafsu perlu dikekang dengan takwa. Dalam kitab Minhajul Abidin, Hujjatul
Islam Imam Al-Ghazali Rahimahullah mengibaratkan mengekang nafsu umpama
menjinakkan kuda liar yang sukar dikawal, merbahaya dan boleh memudaratkan.
Strategi melemahkan kuda liar adalah dengan tiga (3) perkara.
Pertama; sekat makan minumnya dan sumber kekuatan nafsu yang lainnya, kedua; bebankan ia, beri tekanan atau deraan yang berat ke atasnya, dan terakhir berikan latihan yang betul supaya kuda itu jinak dan mudah diatur. Dengan cara ini jugalah puasa mengajar kita teknik menundukkan nafsu. Puasa itu sendiri menyekat dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya dan menahan diri dari segala yang mampu merosakkannya yang disebut sebagai ‘siam’. Kemudian kita henyak dan bebankan nafsu dengan solat-solat sunat sebagai bukti hamba yang syukur dan tawaduk iaitu ‘qiam’ dan diakhiri dengan latihan Al-Quran sebagai panduan.
Lihat sahaja pada perintah puasa di dalam surah Al-Baqarah ayat 183 secara jelas Allahmenyatakan natijah yang diharapkan adalah menjadi manusia yang bertakwa. Dan pada ayat 2 dalam surah yang sama Allah berfirman mafhumnya
“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya, dan ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa”.
Jelas
bagi membentuk takwa itu jawapannya Al-Quran sebagai panduan, puasa sebagai
latihan.
Buya Hamka ada menyebut “Puasa membebaskan kita dari kebiasaan untuk menjadi insan yang luar biasa”.
Manakan tidak, dengan berpuasa perkara yang halal juga di haramkan
apatah lagi yang sememangnya haram. Semua itu untuk melatih kita lebih mudah
meninggalkan yang haram di bulan tanpa puasa. Jika ditamsilkan, ianya diibaratkan
pelancong asing yang ingin melawat masjid. Bagi membolehkan mereka melawat ke dalam
masjid, mereka perlu memaksa diri menutup aurat tetapi cuba lihat jika semua
urusan lawatan selesai, mereka keluar dari masjid dan jubah yang mereka pakai untuk
menutup aurat di tinggalkan. Di harap kita terhindar dari mempraktikkan hal seumpama itu
iaitu kembali kepada perilaku asal usai Ramadan melabuhkan tirainya. Semua
itu akan berlaku jika kita tidak menghayati hadirnya Ramadan dan tidak mengambil
peluang menyemadikan ‘roh Ramadan’ ke dalam diri. Orang yang puasa
dengan penghayatan, sememangnya luar biasa dan sekali gus mereka itu akan
menghidupkan Ramadan untuk terus menjadi manusia luar biasa yang mutaqin
yang hidup bersama dengan Penciptanya agar tamatnya Ramadan nanti akan
disambut dengan kemenangan. Moga kita dapat ditauliah dan menjadi graduat dari
universiti Ramadan dan berjalan di atas muka bumi dengan kelulusan yang di segani
oleh makhluk di langit dan juga di bumi dengan kemenangan yang kita perolehi.
Kemenangan hanya tertakluk kepada yang berjaya meraih takwa dengan peroleh
keberkatan, kasih sayang dan ampunan tuhan. Mari kita
bangunkan roh Ramadan, tatkala mampu mengimarahkan masjid untuk
tarawih, mari langsungkan untuk penuhkan masjid tika sayupnya fajar subuh. Itu lambang kesatuan ummah; ummah yang bukan sekadar punya raga malah terisi jiwanya. Sesungguhnya dengan berpuasa di bulan Ramadan itu bukan suatu hasil tapi satu proses melahirkan hamba yang siangnya siam (berpuasa), malamnya qiam (beribadah sujud pada Ilahi) dan tarbiahnya adalah Al-Quran. Semoga Ramadan 1435H memanggil kembali roh iman ke dalam jasad dihuninya buat bekal peroleh keberkatan untuk hidup di usia yang selanjutnya. Selamat menjalani ibadah puasa.
tarawih, mari langsungkan untuk penuhkan masjid tika sayupnya fajar subuh. Itu lambang kesatuan ummah; ummah yang bukan sekadar punya raga malah terisi jiwanya. Sesungguhnya dengan berpuasa di bulan Ramadan itu bukan suatu hasil tapi satu proses melahirkan hamba yang siangnya siam (berpuasa), malamnya qiam (beribadah sujud pada Ilahi) dan tarbiahnya adalah Al-Quran. Semoga Ramadan 1435H memanggil kembali roh iman ke dalam jasad dihuninya buat bekal peroleh keberkatan untuk hidup di usia yang selanjutnya. Selamat menjalani ibadah puasa.
Tarbiah Ramadan di IKIMfm; Pilihan Utama Anda.
Norhayati Paradi
Penerbit IKIMfm
14 Julai 2014
No comments:
Post a Comment